ShoutMix chat widget
[close]

Kunjungan

Monday, April 11, 2011

Program: Ya ALLAH, aku jatuh cinta (Fatimah Syarha Mohd Noordi)

Posted by alfalahupsi | Monday, April 11, 2011 | Category: | 0 comments


Assalamualaikum w.b,

Cinta adalah fitrah kehidupan manusia, namun begitu cinta juga boleh bertukar menjadi fitnah. Perubahan definisi cinta ini adalah berdasarkan bagaimana kita melihat cinta itu sendiri. "Bukan soal apa yang dilihat, tapi bagaimana kita melihatnya" Ada yang lihat cinta sebagai pengubat kesunyiaan semata-mata, ada yang memadang sebagai tempat mencari rezeki, ada yang memandang sebagai tempat mengadu kasih dan pelbagai lagi. Namun begitu, dalam banyak-banyak pandangan manusia mengenai cinta, cinta yang terbaik ialah cinta pada pandangan pencipta cinta yang juga pencipta manusia. Semua perihal cinta sudah dijelaskan baik dari sudut pengurusan mahupun batasannya. Cuma persoalannya, bagaimana pandangan pencipta cinta mengenai cinta dan bagaimana kita semua dapat menghadapi cinta ini disamping mencapai cinta agung, Allah dan Rasul.


Monday, April 4, 2011

Bersama Mata Pena Melihat Dunia

Posted by alfalahupsi | Monday, April 4, 2011 | Category: | 0 comments



Penulisan memberi ruang kepada individu untuk menyatakan pendapat dan bertukar pandangan menerusi cetusan idea unik atau pengalaman yang dimiliki. Ilmu yang diterjemahkan kepada bentuk tulisan seharusnya dapat memberi manfaat dan melahirkan cetusan idea yang baru pula menerusi pembacaan oleh masyarakat umumnya. Namun begitu, masih ramai lagi yang tidak mempunyai kemahiran dalam bidang penulisan. Kebanyakkan dari mereka tidak berkeyakinan untuk menceburkan diri dalam bidang penulisan sedangkan hasrat dan keinginan menggunung tinggi. Mahasiswa/wi terutamanya, mempunyai potensi yang tinggi untuk menceburkan diri dalam bidang penulisan sekiranya mereka diberikan motivasi dan didedahkan teknik-teknik yang perlu mereka kuasai dalam menghasilkan karya-karya penulisan kreatif. Golongan mahasiswa/wi yang merupakan peneraju kepada kepimpinan negara dan modal insan dalam kalangan masyarakat seharusnya mempunyai kemahiran dalam bidang penulisan memandangkan mereka adalah golongan ilmuan yang merupakan sebuah perlaburan yang amat berharga buat masyarakat kini mahupun masa hadapan.

Jadi, kepada sahabat-sahabat sekalian. Apa hendak ditunggu lagi, ayuh kita serbu majlis ilmu ini. Bersama-sama kita pelajari ilmu dalam bidang penulisan daripada Sang Juara dalam bidang penulisan...bersediakah anda untuk menjadi seorang yang hebat dalam bidang penulisan?

Monday, February 14, 2011

Valentine's Day hanya untuk mereka.

Posted by alfalahupsi | Monday, February 14, 2011 | Category: | 0 comments



Valentine's Day = Hari Kekasih?
Apabila dikatakan tentang hari kekasih, tidak ganjil lagi dengan istilah Valentine's Day. Istilah ini turut menjadi tema rasmi bagi hari kekasih seluruh dunia yang disambut setiap kali menjelang hari keempat belas pada bulan Februari. Hari yang dianggap istimewa oleh mereka yang beragama Kristian mempunyai kisah yang tersendiri di sebalik setiap kali sambutannya yang bermusim ini. Terdapat 3 Versi sambutan yang dapat diperincikan iaitu:

1) Hari memperingati kisah percintaan serta jasa Paderi Kristian yang bernama Pedro St. Valentino ketika beliau ditangkap dan diseksa oleh kerajaan Rom yang pada ketika itu diperintah oleh Raja Claudius II. Disebabkan kegiataannya menyebarkan agama Kristian dalam kalangan banduan serta percintaannya bersama seorang gadis yang juga merupakan anak gadis salah seorang dari pegawai penjara. Raja Claudius II memberikan kata putus dengan membenarkan Valentino memilih antara dua iaitu samada dia ingin meninggalkan agama Kristian atau memilih kekasih hatinya. Pada akhirnya, Valentino memilih untuk mengorbankan cintanya demi agamanya. Sebelum menjalankan hukuman mati, Valentino sempat menulis sepucuk surat kepada buah hatinya yang tertulis pada hujungnya “From your valentine” (Dari Valentinemu). Maka dengan itu tarikh 14 Februari merupakan tarikh keramat bagi orang-orang Kristian sebagai hari kekasih.

2) Pembunuhan St.Valentine adalah disebabkan beliau mengahwinkan ramai pemuda-pemuda dengan anak-anak gadis. Hal ini bertentangan dengan keinginan Raja Rom yang berkehendak untuk menjadikan pemuda-pemuda ini sebagai tentera dan melarang mereka dari berkeluarga. Disebabkan kemarahan yang memuncak ini, St.Valentine dihukum gantung pada 14 Februari 269 Masihi.

3) St.Valentine turut menyumbangkan jasa yang besar dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam di Kordova, Sepanyol. Atas usaha yang dilakukan sehingga jatuhnya kerajaan Islam pada 14 Februari 1492M, hari Valentine turut disambut bagi meraikan kejayaan orang Kristian ke atas penakhlukan kerajaan Islam di Kordova, Sepanyol.


Hakikat hari kekasih
Pada hari tersebut, akan didapati sejumlah besar pasangan kekasih yang mula mengambil tempat di sekitar ibu kota, taman-taman bunga, restoran-restoran, kaki lima, hotel-hotel dan dimana-mana tempat yang difikirkan sesuai bagi mendapat suasana yang privasi bersama pasangan kekasih masing-masing. Pelbagai ragam pasangan kekasih yang sedang bermadu kasih dapat diperhatikan, dalam kalangan mereka ada yang sedang menikmati wayang bersama-sama, membonceng motorsikal berdua-duaan, sedang mengeluarkan ayat-ayat manis yang berbunga-bunga dan tidak kurang juga yang sedang asyik berdampingan tanpa rasa segan silu walaupun ramai yang melihatnya. Itu hanya pada hari siangnya, bagaimana pula pada malamnya? Sudah pasti tentatif hari kekasih tersebut tidak tamat begitu sahaja.....Pada malamnya pula, hotel-hotel kebiasaanya penuh ditempah, kelab-kelab malam dipenuhi lampu neon disertakan bunyi-bunyian yang lebih rancak dari malam-malam kebiasaan dan begitu juga penjual arak tidak kurang hebatnya mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda hasil jualan pada hari tersebut.


Bolehkah saya menyambut hari kekasih?
Apabila dikemukakan tentang keharusan menyambut hari kekasih, satu persoalan penting perlu dikemukakan iaitu apakah hari kekasih ini menepati syariat Islam dan menepati ruh sebagai seorang muslim?


Kerana kurangnya ilmu berkaitan Islam, tidak kurang ramai juga pasangan kekasih yang beragama Islam turut menyambut hari kekasih tersebut atas dasar ikutan membuta tuli semata-mata. Sedangkan mereka tidak menyedari bahawa kegembiraan dalam meraikan hari tersebut dapat menjauhkan diri mereka daripada Islam bahkan lebih buruk implikasinya, dapat merosakkan akidah umat Islam. Jadi boleh dilihat beberapa aspek yang menyebabkan sambutan ini adalah bertentangan dari nilai-nilai Islam antaranya:-

1) Ibadah : jika diamati sejarah yang menjadikan hari kekasih atau Valentine's day disambut setiap tahun, boleh dikatakan bahawa hari kekasih lebih hampir bagi memperingati kematian seorang paderi yang dikasihi oleh orang Kristian. Jadi, orang Islam sudah tentu tidak mempunyai kaitan lansung dengan hari yang dirayakan oleh mereka memandangkan paderi bukanlah pembimbing atau seorang utusan yang dapat menyelamatkan umat Islam di dunia. Bahkan dengan sambutan hari tersebut juga dapat menafikan bahawa Islam adalah satu-satunya gaya hidup bagi orang Islam dengan turut mengiktiraf agama lain juga sebagai gaya hidup sebagai seorang muslim, hal ini sudah pasti dapat membatalkan akidah seorang muslim.

2) Iktilat : Iktilat dalam erti kata lain ialah pergaulan antara lelaki dan perempuan. Islam sentiasa menekankan kepentingan untuk menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan supaya tidak terjebak ke dalam lembah penzinaan bahkan tidak juga hanya untuk mendekatinya. Kebebasan dalam pergaulan dapat merosakkan nasab (rantai talian kekeluargaan) hasil dari anak luar nikah, penzinaan yang berleluasa, ketagihan seks dan kecewaan dalam percintaan. Perkara ini semua sudah pasti tidak menepati pengertian akhlak dan adab yang sudah digariskan di dalam Islam.

3) Sejarah : Peristiwa kejatuhan kerajaan Islam Cordova, Sepanyol yang turut diusahakan oleh St. Valentine merupakan antara sebab rasional seorang muslim tidak sesuai untuk menyambut perayaan tersebut memandangkan sambutan itu juga adalah atas dasar meraikan kejatuhan kerajaan Islam di tangan orang Kr


Dalil sebagai penguat bicara
a) Quran
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir! (1) Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. (2) Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. (3) Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. (4) Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. (5) Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku. (6). Surah al-Kafirun, ayat 1-6.



b) Hadith
Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka." Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?" Nabi saw. menjawab, "Siapa lagi kalau bukan mereka".  Riwayat Muslim.


Kesimpulannya: 
Islam tidak melarang umat Islam untuk bercinta, tetapi perlulah dipandu bukan atas dasar hawa nafsu, sebaliknya ia dipandu berdasarkan syara' atau gaya hidup Islam. Jalan terbaik yang disarankan oleh Islam ialah melalui hubungan pernikahan atau pertunangan yang digariskan oleh Syara' kerana kedua-dua jalan ini lebih selamat dan terjamin berkekalan perhubungannya. Meskipun Valentine's Day dianggap hari yang istimewa oleh orang yang beragama Kristian, namun umat Islam perlu tahu bahawa Islam mempunyai pendirian yang tersendiri dalam menklasifikasikan sesuatu perayaan yang disambut.

Friday, February 11, 2011

Kulliah Muslimat : Mampukah aku setabah Siti Khadijah

Posted by alfalahupsi | Friday, February 11, 2011 | Category: | 0 comments


Sebagai seorang wanita solehah, sebagai seorang ibu, sebagai seorang yang kaya raya dengan hasil perniagaan yang dikerjakan pada mulanya sanggup meninggalkan segala perniagaannya dengan melamar Rasulullah s.a.w. kerana hatinya yang tertarik dengan keindahan akhlak baginda. Sebuah keluarga yang diserikan dengan penuh kebahagian, kedamaian dan ketenteraman meskipun menghadapi pelbagai rintangan dan dugaan dalam membantu baginda Rasulullah s.a.w. mengajak sekalian manusia untuk beribadah kepada Allah. Sebagai seorang isteri yang taat kepada suaminya, Siti Khadijah sentiasa menjaga kebajikan suaminya dan memastikan suaminya sentiasa senang bersamanya.

DAN setengah daripada tanda-tanda kebesaran-Nya bahawa Dia ciptakan untuk kamu daripada dirimu sendiri akan isteri-isteri, agar tenteramlah kamu kepadanya. Dan Dia jadikan di antara kamu cinta dan kasih sayang.Sesungguhnya pada yang demikian adalah tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. (ar-Rum: 21)

Bengkel Penulisan Kreatif "Bersama Mata Pena, Melihat Dunia"

Posted by alfalahupsi | | Category: | 0 comments


Penulisan merupakan salah satu wadah dalam memperkenalkan Islam serta mengembangkan lagi lingkup ilmu pengetahuan. Oleh demikian, umat Islam seharusnya memiliki kemahiran ini serta menjuarai dalam bidang ini. Hal demikian kerana, sering kali umat Islam pada masa kini menghadapi serangan-serangan pemikiran (ghazwatul-fikr) baik samada dari golongan orientalis mahupun liberalis juga sekularis terutamanya melalui bidang penulisan. Justeru, penulisan merupakan kaedah atau cara yang dapat menghalang serta menangkis segala pencemaran pemikiran atau penyelewengan pemikiran yang menimpa umat Islam kini. Mahasiswa/wi merupakan golongan golongan kelas pertama dalam bidang keilmuan, amat rugilah bagi kita jika golongan belia ini tidak digunakan dengan sebaik-baiknya terutamanya dalam berkongsi pandangan menerusi bidang penulisan iaitu bidang yang dapat memperkembangankan ruang lingkup ilmu serta buah fikiran.

Sunday, January 23, 2011

Latest: Kulliah Muslimat & Kulliah Perdana

Posted by alfalahupsi | Sunday, January 23, 2011 | Category: | 0 comments


Bersama penampilan khas Us.Junaidah Bt. Juni merupakan salah seorang juri Pencarian Murabbi UPSI yang turut merupakan pegawai di Pejabat Agama Islam Perak, kehadiran beliau di pentas surau al-Falah dijangka dapat menarik ramai siswi-siswi dengan jumlah yang besar disamping kecenderungan tajuk yang amat berkait rapat dengan golongan siswi-siswi iaitu bertajuk "Akhlak Mulia Jaminan Kekal Jelita". Bagi siswi-siswi sekalian, anda semua dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan dalam erti kata lain mengimarahkan lagi Surau al-Falah.


"Kahwin Awal, Antara Keperluan dan Kehendak Syariat". Sebuah persoalan yang cukup mendebarkan, mana tidaknya siswa/wi yang hampir melangkah kaki ke alam pekerjaan sudah tersimpan di hati mereka perancangan untuk mendirikan rumah tangga sejak masih di UPSI lagi dan juga terdapat juga mereka yang kelihatan tidak sabar lagi untuk melansungkan perkahwinan di alam pengajian di universiti. Namun begitu dalam situasi sedang menuntut ilmu, menyebabkan mereka merasa perlu untuk mengetahui apakah jalan terbaik untuk menyelesaikan dillema di hati. Oleh demikian, sama-sama kita membongkar persoalan ini dengan penampilan khas Us.Anhar Bin Opir pada 24/1/2011 (Isnin).

Siapa tidak kenal jika nama ini disebut iaitu tidak asing lagi dalam kalangan siswa/wi UPSI, Us. Rozaimi Bin Ramle merupakan ustaz yang mempunyai gaya penyampaian yang tersendiri. Setiap kali slotnya berkumandang, siswa/wi akan terpukau dengan gaya penyampaiannya yang begitu bersemangat dengan disertakan pelbagai jenis sumber dalil dan hujah yang kuat. Tajuk "Bermulanya Wahyu" pasti dapat mengamit setiap hadirin yang hadir memandangkan tajuk yang disampaikan tidak lain tidak bukan sudah pasti berkisarkan sirah Rasulullah s.a.w. dan pengajaran yang dapat diperolehi berdasarkan sirah tersebut. Sama-sama kita saksikan pada 25/1/2011 (Selasa).

Monday, October 18, 2010

Ceramah Motivasi : Mahasiswa Masa Kini & Cabaran Pendidik Masa Hadapan

Posted by alfalahupsi | Monday, October 18, 2010 | Category: | 0 comments


Sesuai dengan judul karya beliau "Magnet Diri", dengan izin Allah, beliau berjaya menarik seterusnya memastikan pengunjung tidak lagi berganjak dari terus menghayati pengisian yang disampaikan oleh beliau selama hampir 2jam di perkarangan surau al-Falah.

Tajuk pengisian yang disampaikan ialah "Mahasiswa Masa Kini dan Cabaran Pendidik Masa Hadapan" menampilkan pengisianya yang lebih menjurus kepada persoalan bagaimana seorang mahasiswa dapat mencorak diri mereka serta menggalas gelaran sebagai seorang mahasiswa yang pro-aktif baik dari akademik mahupun penglibatan mereka di dalam persatuan.

Moga-moga, dengan kehadiran beliau, siswa dan siswi khususnya yang menghuni kolej KAB dan KZ lebih berminat untuk bersama-sama organisasi Rakan Surau menjayakan aktiviti-aktiviti Rakan Surau pada semester yang akan datang memandangkan program ceramah motivasi ini adalah program terakhir pada semester ini. Diharapkan juga dengan setiap aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh organisasi Rakan Surau pada sepanjang semester ini dapat memberi input yang positif kepada semua baik mereka yang bergelar siswa dan siswi juga pihak pentadbiran kolej.

Blog Archive