ShoutMix chat widget
[close]

Kunjungan

Thursday, September 9, 2010

Ucapan Selamat Hari Raya dari Organisasi Rakan Surau al-Falah

Posted by alfalahupsi | Thursday, September 9, 2010 | Category: |

Assalamu alaikum w.b.

Syukur alhamdulillah kepada Allah s.w.t di atas segala nikmatnya yang tidak putus-putus pemberiannya bermula kita lahir ke muka bumi hingga ke hari ini.

Syukur juga kepada-Nya kerana kurniaanya yang amat bermakna buat kita apabila dianugerahkan seorang pendidik juga seorang contoh modal insan terbaik dalam kalangan insan yang dikenali sebagai Muhammad s.a.w.

Sempena Bulan Syahwal bersamaan 1431 hijrah, organisasi Rakan Surau al-Falah mengucapkan salam aidilfitri dan memohon keampunan jika terdapat kesalahan atau kesilapan selama mana kami dipertanggungjawabkan sebagai ahli jawatankuasa Rakan Surau mahupun sebelum itu lagi.

Sedar atau tidak sedar, kita sudah menempuh Syahwal yang ke 1431 dan hampir 1431 tahun juga kita sebagai orang Islam sudah mengembara di dunia ini dengan pegangan teguh islam dan iman. Meskipun sudah jauh jarak kembara kita, Nabi Muhammad s.a.w. tetap segar dalam ingatan seolah-olah baginda masih bersama-sama kita meneruskan perjuangan merentasi liku-liku dakwah sehingga ke hari ini. Mudah-mudahan dengan sumber inspirasi yang ditinggalkan oleh baginda, akan kita jadikannya bekal untuk melalui liku-liku perjuangan sebagai insan yang bergelar khalifah di muka bumi ini.

Semoga Ramadhan yang baru sahaja pergi tidak membuat kita menjadikannya sebagai syarat untuk kembali semula melakukan amalan buruk yang telah berjaya kita tinggalkannya semasa di bulan Ramadhan dan tidak pula sebagai syarat untuk kita meninggalkan segala amalan ibadah yang telah kita amalkan semasa berada di bulan mulia tersebut. Diharapkan bulan Ramadhan untuk kali ini dapat membina sebuah mahligai tarbiyah yang utuh serta kukuh untuk menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang.

Akhir kata dari kami, wa billahi wa bitaufiq wa hidayah. Assalamualaikum w.b.t.

Currently have 0 comments:


Leave a Reply

Blog Archive