ShoutMix chat widget
[close]

Kunjungan

Sunday, October 3, 2010

Simfoni Puncak Menara Gading 2

Posted by alfalahupsi | Sunday, October 3, 2010 | Category: |


Kecemerlangan akademik merupakan salah satu anugerah Allah yang tidak ternilai harganya dan nikmatnya, nikmatnya bukan sahaja dirasai oleh individu cemerlang tersebut tetapi turut dirasai oleh warga universiti bahkan seluruh masyarakat. Hal ini kerana, akademik dapat mengambarkan kekuatan serta kehebatan sesebuah kelompok masyarakat, tambahan pula agama Islam amat menekankan aspek pendidikan dalam kehidupan. Melalui pendidikan, manusia mengenal tuhannya, melalui pendidikan juga manusia dapat membangunkan akhlak serta peribadi dan melalui pendidikan juga mereka dapat menyebarkannya serta memperkembangkannya lagi ke suatu tahap yang lebih tinggi. Sehubungan dengan itu, Rakan Surau al-Falah telah menganjurkan program Simfoni Puncak Menara Gading sebagai meraikan kecemerlangan ahli Rakan Surau di dalam akademik iaitu dalam erti kata lain ahli-ahli Rakan Surau yang memperoleh pencapaian dekan di dalam akademik pada 5 Oktober 2010 di Surau al-Falah.

Currently have 0 comments:


Leave a Reply

Blog Archive