ShoutMix chat widget
[close]

Kunjungan

Monday, February 14, 2011

Valentine's Day hanya untuk mereka.

Posted by alfalahupsi | Monday, February 14, 2011 | Category: |



Valentine's Day = Hari Kekasih?
Apabila dikatakan tentang hari kekasih, tidak ganjil lagi dengan istilah Valentine's Day. Istilah ini turut menjadi tema rasmi bagi hari kekasih seluruh dunia yang disambut setiap kali menjelang hari keempat belas pada bulan Februari. Hari yang dianggap istimewa oleh mereka yang beragama Kristian mempunyai kisah yang tersendiri di sebalik setiap kali sambutannya yang bermusim ini. Terdapat 3 Versi sambutan yang dapat diperincikan iaitu:

1) Hari memperingati kisah percintaan serta jasa Paderi Kristian yang bernama Pedro St. Valentino ketika beliau ditangkap dan diseksa oleh kerajaan Rom yang pada ketika itu diperintah oleh Raja Claudius II. Disebabkan kegiataannya menyebarkan agama Kristian dalam kalangan banduan serta percintaannya bersama seorang gadis yang juga merupakan anak gadis salah seorang dari pegawai penjara. Raja Claudius II memberikan kata putus dengan membenarkan Valentino memilih antara dua iaitu samada dia ingin meninggalkan agama Kristian atau memilih kekasih hatinya. Pada akhirnya, Valentino memilih untuk mengorbankan cintanya demi agamanya. Sebelum menjalankan hukuman mati, Valentino sempat menulis sepucuk surat kepada buah hatinya yang tertulis pada hujungnya “From your valentine” (Dari Valentinemu). Maka dengan itu tarikh 14 Februari merupakan tarikh keramat bagi orang-orang Kristian sebagai hari kekasih.

2) Pembunuhan St.Valentine adalah disebabkan beliau mengahwinkan ramai pemuda-pemuda dengan anak-anak gadis. Hal ini bertentangan dengan keinginan Raja Rom yang berkehendak untuk menjadikan pemuda-pemuda ini sebagai tentera dan melarang mereka dari berkeluarga. Disebabkan kemarahan yang memuncak ini, St.Valentine dihukum gantung pada 14 Februari 269 Masihi.

3) St.Valentine turut menyumbangkan jasa yang besar dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam di Kordova, Sepanyol. Atas usaha yang dilakukan sehingga jatuhnya kerajaan Islam pada 14 Februari 1492M, hari Valentine turut disambut bagi meraikan kejayaan orang Kristian ke atas penakhlukan kerajaan Islam di Kordova, Sepanyol.


Hakikat hari kekasih
Pada hari tersebut, akan didapati sejumlah besar pasangan kekasih yang mula mengambil tempat di sekitar ibu kota, taman-taman bunga, restoran-restoran, kaki lima, hotel-hotel dan dimana-mana tempat yang difikirkan sesuai bagi mendapat suasana yang privasi bersama pasangan kekasih masing-masing. Pelbagai ragam pasangan kekasih yang sedang bermadu kasih dapat diperhatikan, dalam kalangan mereka ada yang sedang menikmati wayang bersama-sama, membonceng motorsikal berdua-duaan, sedang mengeluarkan ayat-ayat manis yang berbunga-bunga dan tidak kurang juga yang sedang asyik berdampingan tanpa rasa segan silu walaupun ramai yang melihatnya. Itu hanya pada hari siangnya, bagaimana pula pada malamnya? Sudah pasti tentatif hari kekasih tersebut tidak tamat begitu sahaja.....Pada malamnya pula, hotel-hotel kebiasaanya penuh ditempah, kelab-kelab malam dipenuhi lampu neon disertakan bunyi-bunyian yang lebih rancak dari malam-malam kebiasaan dan begitu juga penjual arak tidak kurang hebatnya mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda hasil jualan pada hari tersebut.


Bolehkah saya menyambut hari kekasih?
Apabila dikemukakan tentang keharusan menyambut hari kekasih, satu persoalan penting perlu dikemukakan iaitu apakah hari kekasih ini menepati syariat Islam dan menepati ruh sebagai seorang muslim?


Kerana kurangnya ilmu berkaitan Islam, tidak kurang ramai juga pasangan kekasih yang beragama Islam turut menyambut hari kekasih tersebut atas dasar ikutan membuta tuli semata-mata. Sedangkan mereka tidak menyedari bahawa kegembiraan dalam meraikan hari tersebut dapat menjauhkan diri mereka daripada Islam bahkan lebih buruk implikasinya, dapat merosakkan akidah umat Islam. Jadi boleh dilihat beberapa aspek yang menyebabkan sambutan ini adalah bertentangan dari nilai-nilai Islam antaranya:-

1) Ibadah : jika diamati sejarah yang menjadikan hari kekasih atau Valentine's day disambut setiap tahun, boleh dikatakan bahawa hari kekasih lebih hampir bagi memperingati kematian seorang paderi yang dikasihi oleh orang Kristian. Jadi, orang Islam sudah tentu tidak mempunyai kaitan lansung dengan hari yang dirayakan oleh mereka memandangkan paderi bukanlah pembimbing atau seorang utusan yang dapat menyelamatkan umat Islam di dunia. Bahkan dengan sambutan hari tersebut juga dapat menafikan bahawa Islam adalah satu-satunya gaya hidup bagi orang Islam dengan turut mengiktiraf agama lain juga sebagai gaya hidup sebagai seorang muslim, hal ini sudah pasti dapat membatalkan akidah seorang muslim.

2) Iktilat : Iktilat dalam erti kata lain ialah pergaulan antara lelaki dan perempuan. Islam sentiasa menekankan kepentingan untuk menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan supaya tidak terjebak ke dalam lembah penzinaan bahkan tidak juga hanya untuk mendekatinya. Kebebasan dalam pergaulan dapat merosakkan nasab (rantai talian kekeluargaan) hasil dari anak luar nikah, penzinaan yang berleluasa, ketagihan seks dan kecewaan dalam percintaan. Perkara ini semua sudah pasti tidak menepati pengertian akhlak dan adab yang sudah digariskan di dalam Islam.

3) Sejarah : Peristiwa kejatuhan kerajaan Islam Cordova, Sepanyol yang turut diusahakan oleh St. Valentine merupakan antara sebab rasional seorang muslim tidak sesuai untuk menyambut perayaan tersebut memandangkan sambutan itu juga adalah atas dasar meraikan kejatuhan kerajaan Islam di tangan orang Kr


Dalil sebagai penguat bicara
a) Quran
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir! (1) Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. (2) Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. (3) Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. (4) Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. (5) Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku. (6). Surah al-Kafirun, ayat 1-6.



b) Hadith
Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda, "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka." Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?" Nabi saw. menjawab, "Siapa lagi kalau bukan mereka".  Riwayat Muslim.


Kesimpulannya: 
Islam tidak melarang umat Islam untuk bercinta, tetapi perlulah dipandu bukan atas dasar hawa nafsu, sebaliknya ia dipandu berdasarkan syara' atau gaya hidup Islam. Jalan terbaik yang disarankan oleh Islam ialah melalui hubungan pernikahan atau pertunangan yang digariskan oleh Syara' kerana kedua-dua jalan ini lebih selamat dan terjamin berkekalan perhubungannya. Meskipun Valentine's Day dianggap hari yang istimewa oleh orang yang beragama Kristian, namun umat Islam perlu tahu bahawa Islam mempunyai pendirian yang tersendiri dalam menklasifikasikan sesuatu perayaan yang disambut.

Currently have 0 comments:


Leave a Reply

Blog Archive