ShoutMix chat widget
[close]

Kunjungan

Sunday, August 29, 2010

Fitrah manusia diciptakan bertuhan

Posted by alfalahupsi | Sunday, August 29, 2010 | Category: |


Setiap manusia normal yang dilahirkan sudah pasti mempunyai sebuah teknologi yang canggih, teknologi tersebut tidak mampu ditukar ganti juga tidak mampu diterokai oleh alatan-alatan sains moden abad ke-21. Bahkan adalah mustahil untuk diterokai sama sekali rahsia kejadiannya. Sebaliknya, berteraskan teknologi inilah manusia meneroka segenap pelusuk ilmu yang terdapat di dunia. Ilmu yang diperolehi seharusnya menjadikan manusia kembali kepada fitrah bertuhan dan mengiktiraf Allah sebagai tuhan pencipta alam semesta. Teknologi canggih yang dimaksudkan ialah akal.

Sebagaimana diperjelaskan di dalam firman Allah, "Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal." (Surah Ali-'Imran: 190). Antara hikmah diciptakan akal ialah untuk berfikir iaitu memikirkan tentang kewujudan pencipta berdasarkan apa yang terdapat di sekeliling mereka. Mungkin terdapat di antara mereka yang mengatakan: "Apa yang ada di sekeliling kami? Langit, bumi, tumbuh-tumbuhan dan apa pula kaitannya dengan kewujudan tuhan?" Persoalan ini akan terjawab sekiranya mereka benar-benar ikhlas dan teliti dalam mengamati alam semesta ini.

Di bumi, dibekalkan pelbagai jenis udara iaitu oksigen, karbon dioksida, hidrogen dan beberapa lagi kandungan udara yang kesemuanya adalah seimbang dan ideal untuk kehidupan di bumi. Dengan bekalan udara tersebut manusia dapat meneruskan hidup mereka dan mencari sumber rezeki tanpa rasa tergangu. Sekiranya salah satu kandungan udara tersebut tidak wujud atau terdapat udara yang beracun seperti karbon monoksida dalam kuantiti yang berlebihan di bumi sudah pasti manusia tidak dapat bertahan lama di bumi. Namun sebaliknya, hal sedemikian tidak terjadi di bumi kerana manusia dapat hidup dengan selamat dan tenteram sehingga ke hari ini.

Di langit, terdapat 7 lapisan atmosfera yang setiap satunya memainkan peranan penting membentuk sistem protektif yang diciptakan khas untuk kehidupan di atas muka bumi. Antara tugas lapisan tersebut antaranya ialah membantu proses pembentukan awan, menghalang sinaran ultra ungu dan cebisan tahi bintang daripada membinasakan bumi serta segala isian yang terdapat padanya. Sekiranya lapisan atmosfera gagal menghalang kemasukkan tahi bintang ke bumi, hari ini tidak dapat lagi dibezakan struktur bumi dan bulan kerana keadaan kedua-duanya adalah sama iaitu penuh dengan kawah-kawah besar akibat dihentam tahi bintang. Manusia juga tidak lagi bernyawa dalam keadaan tersebut. 

Kejadian awan yang menurunkan hujan juga amat mengagumkan. Hujan tidak diturunkan dalam bentuk pepejal juga tidak diturunkan dalam bentuk air yang mencurah-curah. Bahkan, kejadian hujan yang begitu sempurna dalam bentuk titisan dan terkandung di dalam setiap titisan hujan kandungan mineral yang penting untuk kesuburan tanam-tanaman. Kejadian ini semua berlaku di dalam sebuah sistem lapisan atmosfera yang kompleks juga dikenali sebagai langit bumi.

Kesemua kejadian ini adalah bukti wujudnya satu pencipta dengan penciptaan yang penuh kesempurnaan. Tidak dapat diterima oleh pemikiran akal yang logik bahawa alam semesta ini tiada penciptanya dan penjaganya. Kerana setiap kesilapan kecil atau kecacatan dalam aturan alam semesta ini mengundang padah kepada seluruh kehidupan di dalamnya atau dalam kata lain alam semesta ini terlalu kompleks seolah-olah penciptaanya dirancang dengan teliti tanpa sebarang kecuaian. Contohnya, jarak kedudukan matahari dan bumi yang ditetapkan adalah ideal dengan penuh ketepatan dan sekiranya berubah hanya beberapa sentimeter dari jarak asalnya sudah cukup membinasakan bumi serta kehidupan yang ada padanya. 

Hal ini membuatkan kebanyakkan ahli-ahli sains binggung memikirkannya dan membuatkan mereka pada akhir abad ke-20 mengiktiraf wujudnya pencipta yang mencipta alam semesta ini dan menyangkal pendapat-pendapat ahli sains abad ke-18 (kebanyakkannya tergolong dalam kalangan penyokong teori Darwin yang diciptakan oleh seorang saintis veteran yang bernama Charles Darwin) yang mengatakan alam semesta terjadi dengan sendirinya.

Penulis : Aminuddin bin Mohamed

Currently have 1 comments:

  1. salam ukhuwah..
    Subhanallah...kejadian dan keindahan alam ciptaan Allah ini tidak ada tolok bandingannya...namun terpulang pada manusia untuk menilai..samada dgn mata akal semata2 atau dgn mata hati..manusia mungkin berfikir tp tidak ramai yg ingin mengkaji.inilah antara kelemahan umat islam..kalau d fikirkn, bagaimana org2 orientalis barat boleh terfikir utk mencipta n meniru kitab al-Quran?? org2 yahudi yg berusaha sekuat mereka utk menghancurkan bumi al-aqsa??ini pasti lah kerana mereka mengkaji islam, mengkaji quran n hadis..mereka yakin kebenaran kata-kata Allah n Rasulullah, namun keyakinan itu cuba mereka tolak mentah2 atas keegoan n keangkuhan hati mereka...n semestinya kerana Allah juga telah menutup hati2 mereka..jadi..d mana peranan umat islam???adakah kita sekadar mengkagumi kekuasaan ciptaan Allah,kemudian duduk diam tanpa ingin mengkaji n meneliti apakah rahsia2 n hikmah yg Allah ingin sampaikan..??marilah kita sama2 fikirkan sahabat2 sekalian..


Leave a Reply

Blog Archive